Jom Pi Yaman

Ahlan wa sahlan wa marhaban kepada semua pengunjung blog ini, di sini kami menyediakan perkhidmatan pelancong bagi sesiapa ingin melawat negara arab Yaman yang banyak tersimpan kisah-kisah sejarah purba terutama sejarah yang banyak diceritakan di dalam Al-Quran.

Kami juga menyediakan pakej pengajian bagi sesiapa yang berminat menyertai program pengajian di pusat IPT atau program kursus intensif bahasa arab di yaman.

Sebahagian kisah sejarah dari Al-Quran telah kami ceritakan di dalam blog ini. begitu juga maklumat pengajian pusat-pusat IPT dan maklumat program intensif bahasa arab.

InsyaAllah kami cuba lakukan yang terbaik untuk anda dan kami bersedia berkhidmat untuk apa saja bentuk bantuan yang anda inginkan.

Perkhidmatan yang kami sediakan seperti:
1-Pemandu pelancong bagi kawasan Sana`a dan seluruh Yaman.
2-Perkhidmatan e-tiket penerbangan Yemenia Airways untuk Malaysia-Yaman-Malaysia dan negara-negara lain.
3-Mengurus pendaftaran pelajar bagi yang ingin melanjutkan pengajian di IPT peringkat sarjana pengajian Islam di Yaman.
4- Menyediakan homestay bagi yang ingin tinggal di yaman dalam tempoh yang panjang.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi
Ust Taufiq Amini
emel : taufiq_amini@yahoo.com
atau talifon terus/SMS 00967711318793 @ 00967713445505

Kami mengalu-alukan kedatangan anda semua !!

Monday, May 7, 2007

Universiti Al-Iman

Maklumat pengajian :
1. Kuliah yang ditawarkan ialah:
-Iman.
-Syariah.
-Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan.
-Da`wah dan Penyiaran.
2. Universiti Al-iman adalah salah satu pusat pengajian percuma di Sana`a Yaman.
3. Menyediakan asrama kepada pelajar lelaki bujang (selepas tiga bulan daftar)
4. Menyediakan makanan setiap hari kepada semua pelajar.
5.Universiti Al-iman tidak mengeluarkan visa pelajar. maka pelajar mestilah mendapatkan visa dari pusat pengajian lain samada Maahad atau pusat IPT lain dengan cara pengajian jarak jauh (PJJ) bagi tujuan mendapatkan visa pelajar secara sah.
6.Al-quran dan Hadis adalah mata pelajaran yang wajib dihafal setiap hari.
7.Terbuka juga untuk saudara baru (Muallaf)
8.Pelajar asing (bukan arab) akan diberikan program kelas bahasa mengikut tahap sebelum memasuki kuliyah.
9. Kuliah pengajian setiap hari akan bermula dari selepas solat Subuh sehingga Waktu Zohor.

Syarat kelayakan Universiti Al-Iman :
1. Pemohon mestilah mempunyai sijil tamat sekolah menengah (SPM) atau yang setaraf dengannya.
2. kemudian sijil tersebut perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab di Institut Terjemahan Negara (Seksyen 10 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. www.itnm.com.my) dan mendapat cop pengesahan daripada Kementerian Luar Malaysia (No 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602 Putrajaya).
3. Pendaftaran tahunan bagi pelajar yang baru ingin memohon bermula pada bulan Rejab hingga bulan Zul Hijjah.
4.Umur tidak melebihi 25 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun.
5.Menduduki ujian kelayakan/temuduga yang akan diadakan setiap 25 hingga 30 Zul HIjjah.
6. Tidak menerima mana-mana pelajar yang merokok.
7. Syarat bagi pelajar perempuan mempunyai mahram/keluarga/sudah berumahtangga.
8.Tidak menerima mana-mana pelajar lepasan diploma untuk menyambung degree kecuali bermula dari tahun pertama pengajian.

ANGGARAN PERBELANJAAN PENGURUSAN (BAGI PELAJAR LELAKI BUJANG)
1. Yuran pengajian : USD 550*
(untuk yuran pusat pengajian yang keluarkan Visa)
2.Pengurusan : USD 150
3. Visa : USD 70
4. Sewa rumah untuk 3 bulan pertama : USD 150

JUMLAH : USD 920

Segala bayaran yuran dan pengurusan perlulah dijelaskan keseluruhannya sebaik sahaja tiba di Sana’a.

* Yuran pengajian ini adalah anggaran kasar sahaja. Jika kurang dari anggaran ini, kami akan kembalikan semula wang kepada anda. Yuran pengajian ini adalah untuk pendaftaran di mana-mana institut pengajian bagi mengambil visa belajar.

No response to “Universiti Al-Iman”