PRORAM INTENSIF BAHASA ARAB DI INSTITUT BAHASA ARAB YEMEN (YIAL)

MAKLUMAT PROGRAM
Harga pakej berkumpulan adalah untuk atas 10 orang termasuk :
- Penginapan- Makan minum disediakan 3x sehari
- Transport ke institute YIAL
Harga pakej perseorangan/bukan berkumpulan
- Penginapan- Makan minum masak sendiri hanya barang masakan disediakan.
- Tidak termasuk transport kecuali lebih 4 orang ke atas sahaja.
Jadual pengajian :
- Kelas seminggu 5 hari
- Kredit masa 2 jam dan 3 jam/hari
- Kelas bimbingan/pemantapan al-Quran pada waktu petang.
Penginapan :
- Tempat tinggal yang sesuai dan selesa untuk peserta.
- Dan tidak jauh dari tempat pengajian.
Makanan :
- Makanan akan disediakan kepada para peseta berkumpulan 3 kali sehari.
- Menu makanan adalah masakan malaysia seperti bihun goreng, nasik lemak, nasi lauk, nasi bryani, kuih-kuih dan lain-lain
- Makanan arab yaman juga akan disediakan mengikut jadual yang akan diatur oleh pihak penjaga/tukang masak.
Program tambahan :
- Lawatan setiap hujung bulan akan diadakan.
- Tempat lawatan sekitar sana`a.
- Lawatan luar Sana`a(jika ingin tetapi tidak termasuk dalam harga pakej)
- Program tarbawi juga seperti,qiamullail,iftor, latihan tazkirah dan sebagainya akan diadakan.
- Kelas pemantapan Al-Quran setiap petang hari pengajian.
6 comments:
Assalamualaikum..bagaimana kalau pelajar dari mesir?perempuan.dan ingin belajar di madrasah milik isteri Habib Omar.ada tak pakej tersbut?
Assalamu'alaikum... Ustaz,
Adakah pakej sudah termasuk tiket penerbangan? Dan adakah program ini untuk peringkat umur dan golongan(lelaki@wanita) tertentu sahaja? Tk.
1.semua harga dalam pakej tidak termasuk tiket penerbangan. dan untk tiket en.nizam boleh tanya pada agent travel yang berdekatan. insyaAllah nanti saya bagi no. hp agnet tiket yang murah utk ke yaman.
2. terbuka kepada sesiapa muslimin/muslimat dan umur sebaiknya dari 17 ke atas. dan bagi muslimat sebaiknya berkumpulan dan 5 orang.
anonymous : insyaAllah saya cuba dapatkan maklumat dari pelajar hadramaut dulu untuk tolibat mesir.
Assalamu'alaikum...
Saya tidak fasih berbahasa arab dan tidak mahir membaca alquran. Tapi saya sangat berminat untuk mengikuti pakej pengajian dianjurkan hikmah yaman. Bolehkah orang seperti saya mengikuti program ini? Tk.
sue : untuk program bahasa arab yang ditawarkan oleh Yial memang terbuka dari peringkat yang tiada asas dan yang ada asas untuk mantapkan. sekiranya berminat tiada masalah untuk sertai
Post a Comment