Program Lawatan dan Program Bahasa arab di Yaman

Ahlan wa sahlan wa marhaban kepada semua pengunjung blog Hikmah Yaman Management.

Kami menediakan pakej dan juga perkhidmatan pelancongan dan juga program kursus Bahasa Arab di Yaman.

segala maklumat boleh hubungi pada saya (selaku pengurus program)
Ust Taufiq Amini
no. h/p 019 6029839
emel : hikmah_yaman@yahoo.com
facebook : hikmah yaman

Saturday, February 23, 2013

Maklumat Universiti Al-Iman Yaman

A). KEISTIMEWAAN
Keistimewaan Ilmiyah:
1. Terdapat tiga jabatan pengajian yang tidak terdapat di mana-mana universiti lain di dunia kecuali di sini iaitu; Jabatan Tazkiyah, Jabatan Iman dan Jabatan Pengajian Ilmu Mukjizat Sainstifik di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
2. Sebahagian buku teks pengajian diberikan secara percuma.
3. Sesi pengajian bermula sejurus selepas solat fardhu Subuh.
4. Semua mahasiswa tidak akan tamat pengajian kecuali setelah menghafal 30 juz Al-Quran.
5. Universiti Al-Iman menyediakan pusat pengajian Bahasa Arab bagi pelajar-pelajar antarabangsa (bukan Arab), sebagai persediaan bagi mereka sebelum memasuki kuliyah.
6. Dewan kuliyah mahasiswa dan mahasiswi adalah berasingan, mahasiswi mengikuti kuliyah pengajian melalui sistem CCTV, mereka juga boleh berinteraksi dengan pensyarah melalui telefon.
7. Silibus pengajian adalah berasaskan kitab turath yang dipelajari sepenuhnya dari kulit ke kulit.

Keistimewaan dan Kemudahan:
1. Asrama bujang dan rumah kelamin (jika ada kekosongan) dan disediakan secara percuma di dalam kawasan kampus.
2. Kediaman pensyarah juga ditempatkan di dalam kawasan kampus bagi memudahkan mahasiswa mendampingi dan berinteraksi dengan mereka di luar waktu kuliyah.
3. Pusat jagaan kanak-kanak (nursery), tadika dan sekolah juga disediakan di dalam kawasan kampus.
4. Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam disediakan secara percuma.
5. Sebuah pusat kesihatan (klinik) yang menyediakan rawatan secara percuma (ubat dibeli sendiri).
6. Menyediakan pengangkutan (bas) bagi mahasiswa dan mahasiswi yang tinggal di luar kampus dengan bayaran yang berpatutan.

B). SISTEM PENGAJIAN
1. Sistem pengajian berpandukan kepada Takwim Hijri.
2. Tahun pengajian terbahagi kepada 3 semester; semester pertama (Muharam-Rabiul Akhir), semester kedua (Jamadil Awal-Sya’ban), semester praktikal (Syawal-Zulkaedah).
3. Sesi pengajian bermula sejurus selepas solat Subuh sehingga sebelum Zohor setiap hari kecuali hari Jumaat.
4. Mahasiswa diwajibkan menghadiri semua kuliyah, jika kurang dari 85% kehadirannya bagi setiap subjek, dia tidak dibenarkan menduduki kertas peperiksaan bagi subjek tersebut dan dianggap gagal.
5. Pengajian takhassus hanya bermula pada tahun 4 pengajian, nisbah pengajian subjek-subjek takhassus adalah 20% dari keseluruhan jam pengajian (dari tahun 4 – tahun 7).
6. Tempoh pengajian di universiti adalah selama 10 tahun Hijri dan terbahagi kepada dua peringkat:-
1 ) Peringkat Pertama (Marhalah Umum): Tempoh pengajian adalah selama 7 tahun. Walaubagaimanapun mahasiswa akan diberikan Ijazah Sarjana Muda selepas lulus pengajian Tahun 4, dan selepas tamat Tahun 7 serta menyempurnakan bahas takmiliy atau menduduki imtihan syamil, mahasiswa akan diberikan Ijazah Masyikhah (Sarjana).2) Peringkat Kedua (Marhalah Takhassus ‘Aliyah): Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun. Mahasiswa yang tamat pengajian ini akan diberikan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

C). BIDANG PENGAJIAN
Universiti Al-Iman mempunyai empat kuliyah (fakulti), setiap kuliyah mengandungi beberapa jabatan iaitu:
Kuliyah Al-Iman:
Jabatan Qiraat
Jabatan Ulum Al-Quran
Jabatan Ulum Al-Hadis
Jabatan Al-Iman
Jabatan Ilmu Mukjizat Sainstifik di dalam Al-Quran & As-Sunnah
Jabatan Tazkiyah dan Tarbiyah

Kuliyah Syari’ah:
Jabatan FiqhJabatan Usul Al-Fiqh
Jabatan Bahasa ArabJabatan Al-Qadha’ (Undang-Undang) [Khusus untuk siswa]

Kuliyah Dakwah dan Penyiaran:
Jabatan Dakwah
Jabatan Al-I’lam Al-Islami (Penyiaran Islam)

Kuliyah Ilmu Kemanusian:
Jabatan Siyasah Syar’iyah
Jabatan Mu’amalat dan Ekonomi Islam
Jabatan Ekonomi Rumahtangga [Khusus untuk siswi]

D). SYARAT PENERIMAAN DAN PENDAFTARAN
1. Pemohon mestilah mempunyai sijil tamat sekolah menengah atau yang setaraf dengannya. Sijil tersebut perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab di Institut Terjemahan Negara (Seksyen 10 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. http://www.itnm.com.my/) dan mendapat cop pengesahan daripada Kementerian Luar Malaysia (No 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602 Putrajaya).
2. Umur pemohon mestilah tidak melebihi 25 tahun dan tidak kurang dari 18 tahun.
3. Mendapatkan pengesahan kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Yaman.
4. Mempunyai akhlak yang baik yang disokong oleh 2 orang yang dikenali oleh pihak universiti.
5. Mendapatkan surat sokongan daripada pihak kedutaan Malaysia di Yaman.
6. Mestilah sudah menghafal Al-Quran 5 juzuk akhir.
7. Menghadiri Kursus Orientasi selama sebulan (bulan Zulkaedah).

E).VISA PENGAJIAN
Visa belajar adalah sangat perlu kepada mahasiswa luar Yaman. Bagi mahasiswa yang baru tiba, mereka akan mendapat visa melancong selama tiga bulan dari pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Sana’a, Yaman.Pihak Universiti Al-Iman tidak mengeluarkan visa belajar, tetapi membenarkan mahasiswa untuk mengambil visa belajar di pusat-pusat pengajian yang lain di sekitar Sana’a.Tempoh visa belajar adalah setahun. Mahasiswa perlu memperbaharui visa belajar setiap hujung tahun.



G). MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Pendaftaran dibuka dari bulan Sya’ban sehingga Zulkaedah setiap tahun.
2. Pelajar perlu tiba di Yaman selewat-lewatnya pada bulan ZulHijjah bagi tujuan pengurusan dan pendaftaran.
3. Pelajar yang baru berdaftar di Universiti Al-Iman tidak mendapat asrama kecuali setelah 3 bulan.
4. Pelajar yang baru akan ditempatkan di rumah sewa untuk sementara waktu (3 bulan).
5. Sepanjang masa musim orientasi, pelajar disediakan dengan program-program tarbawi seperti qiamullail, riadhah dan lain-lain.

Bagi yang berminat sila hubungi 
Ustaz Taufiq Amini 019 6029839 
atau 
emel hikmah_yaman@yahoo.com