Program Lawatan dan Program Bahasa arab di Yaman

Ahlan wa sahlan wa marhaban kepada semua pengunjung blog Hikmah Yaman Management.

Kami menediakan pakej dan juga perkhidmatan pelancongan dan juga program kursus Bahasa Arab di Yaman.

segala maklumat boleh hubungi pada saya (selaku pengurus program)
Ust Taufiq Amini
no. h/p 019 6029839
emel : hikmah_yaman@yahoo.com
facebook : hikmah yaman

Sunday, October 20, 2013

PERSIAPAN MINGGU TERAKHIR SEBELUM BERTOLAK KE YAMAN

Update terkini 20.Oktober.2013

Assalamualaikum..

PERSIAPAN TERAKHIR SEBELUM BERTOLAK KE YAMAN PADA 27.OKTOBER.2013

KEPADA SEMUA PESERTA YANG BAKAL MENYAMBUNG PENGAJIAN KE YAMAN PADA 27.OKTOBER.2013 DIMINTA BACA SENARAI DI BAWAH :



  1. Gambar berukuran saiz gambar kad pengenalan berlatar belakang putih sebanyak 20 keping.  
  2.  Baju jaket tebal bawa hanya satu helai sahaja dulu
  3. Kasut sarung samada kasut kulit atau kasut sport
  4.  Bawa barang makanan segera seperti kopi dan tea 3 in 1, ROTI GARDENIA cukup hanya sebungkus,mee segera, untuk keperluan hari pertama sampai yaman kerana sampai di sana nanti takut jadi kalang kabut dengan persiapan dan urusan pendaftaran. 
  5.  Terhad barang hanyalah 25Kg.
  6.    Dilarang membawa barang cecair untuk bag yang akan dibawa atas kapal terbang.
  7.   Barang cecair letakkan di dalam bag yang akan masuk ke kargo. Seperti kicap, tempoyak, minyak rambut, minyak wangi , ubat-ubat dan sebagainya.
  8.   Berpakaian kemas dan berambut pendek dan kemas.
  9.   Dibenarkan membawa Laptop, Tab, MP3
  10.   Kami akan SINGKIRKAN pelajar yang MEROKOK jika didapati menghisap rokok di Yaman dan kami tidak akan urus sama sekali.
  11. Kami TIDAK AKAN URUS pelajar yang ingin membuat penukaran tempat pengajian setelah kami selesai daftarkan di university  dan setelah selesai uruskan visa pelajar di Sana`a nanti.
  12. Dinasihatkan kepada yang kurang keyakinan ingin belajar di Sana`a dan kurang berminat meneruskan pengajian di Universiti al-iman diminta hubungi saya untuk buat pembatalan. Kerana akan menyulitkan dan mengganggu pengurusan saya di sana nanti.
  13.  Sebarang permohonan untuk tukar pusat pengajian di Yaman tidak akan dilayan sama sekali. Kerana akan mengganggu perjalanan pengurusan pihak kami di yaman nanti.
  14. Duit belanja untuk bulan pertama atau permulaan di sana cukup hanya RM1000 iaitu USD300 dulu