Jom Pi Yaman
Kami juga menyediakan pakej pengajian bagi sesiapa yang berminat menyertai program pengajian di pusat IPT atau program kursus intensif bahasa arab di yaman.
Sebahagian kisah sejarah dari Al-Quran telah kami ceritakan di dalam blog ini. begitu juga maklumat pengajian pusat-pusat IPT dan maklumat program intensif bahasa arab.
InsyaAllah kami cuba lakukan yang terbaik untuk anda dan kami bersedia berkhidmat untuk apa saja bentuk bantuan yang anda inginkan.
Perkhidmatan yang kami sediakan seperti:
1-Pemandu pelancong bagi kawasan Sana`a dan seluruh Yaman.
2-Perkhidmatan e-tiket penerbangan Yemenia Airways untuk Malaysia-Yaman-Malaysia dan negara-negara lain.
3-Mengurus pendaftaran pelajar bagi yang ingin melanjutkan pengajian di IPT peringkat sarjana pengajian Islam di Yaman.
4- Menyediakan homestay bagi yang ingin tinggal di yaman dalam tempoh yang panjang.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi
Ust Taufiq Amini
emel : taufiq_amini@yahoo.com
atau talifon terus/SMS 00967711318793 @ 00967713445505
Kami mengalu-alukan kedatangan anda semua !!
Sunday, August 23, 2009
Sunday, August 19, 2007
PROGRAM INTENSIF BAHASA ARAB
1- Yuran pengajian di Maahad Sibawaih, Sana`a Yaman.
2- Penginapan yang lengkap.
3- Makan minum.
4- Umur dari 17 tahun ke atas.
5- Terbuka untuk lelaki sahaja.
Pengajian :
- Kredit masa 120 jam untuk program 3 bulan
- Kredit masa 80 jam untuk program 2 bulan
- Kredit masa 40 jam untuk program 1 bulan
Program mingguan (setiap hari cuti mingguan khamis/jumaat) :
- Tazkirah/diskusi mingguan di rumah Persatuan Pelajar Malaysia (PERMAYA)
- Perkelahan
- Sukaneka
- Perlawanan bola sepak
- Qiamullail
- Iftar jam`e (puasa isnin & khamis)
- Lawatan tempat-tempat sejarah di sekitar Sana`a
Kelengkapan rumah :
- Peralatan bilik tidor
- Peralatan dapur
- Lain-lain kelengkapan
Makanan :
- Barang makanan asas disediakan (seperti gula, beras, minyak dll)
- Barang makanan harian juga disediakan
Monday, May 7, 2007
Universiti Al-Iman
1. Kuliah yang ditawarkan ialah:
-Iman.
-Syariah.
-Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan.
-Da`wah dan Penyiaran.
2. Universiti Al-iman adalah salah satu pusat pengajian percuma di Sana`a Yaman.
3. Menyediakan asrama kepada pelajar lelaki bujang (selepas tiga bulan daftar)
4. Menyediakan makanan setiap hari kepada semua pelajar.
5.Universiti Al-iman tidak mengeluarkan visa pelajar. maka pelajar mestilah mendapatkan visa dari pusat pengajian lain samada Maahad atau pusat IPT lain dengan cara pengajian jarak jauh (PJJ) bagi tujuan mendapatkan visa pelajar secara sah.
6.Al-quran dan Hadis adalah mata pelajaran yang wajib dihafal setiap hari.
7.Terbuka juga untuk saudara baru (Muallaf)
8.Pelajar asing (bukan arab) akan diberikan program kelas bahasa mengikut tahap sebelum memasuki kuliyah.
9. Kuliah pengajian setiap hari akan bermula dari selepas solat Subuh sehingga Waktu Zohor.
Syarat kelayakan Universiti Al-Iman :
1. Pemohon mestilah mempunyai sijil tamat sekolah menengah (SPM) atau yang setaraf dengannya.
2. kemudian sijil tersebut perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab di Institut Terjemahan Negara (Seksyen 10 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. www.itnm.com.my) dan mendapat cop pengesahan daripada Kementerian Luar Malaysia (No 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602 Putrajaya).
3. Pendaftaran tahunan bagi pelajar yang baru ingin memohon bermula pada bulan Rejab hingga bulan Zul Hijjah.
4.Umur tidak melebihi 25 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun.
5.Menduduki ujian kelayakan/temuduga yang akan diadakan setiap 25 hingga 30 Zul HIjjah.
6. Tidak menerima mana-mana pelajar yang merokok.
7. Syarat bagi pelajar perempuan mempunyai mahram/keluarga/sudah berumahtangga.
8.Tidak menerima mana-mana pelajar lepasan diploma untuk menyambung degree kecuali bermula dari tahun pertama pengajian.
ANGGARAN PERBELANJAAN PENGURUSAN (BAGI PELAJAR LELAKI BUJANG)
1. Yuran pengajian : USD 550*
(untuk yuran pusat pengajian yang keluarkan Visa)
2.Pengurusan : USD 150
3. Visa : USD 70
4. Sewa rumah untuk 3 bulan pertama : USD 150
JUMLAH : USD 920
Segala bayaran yuran dan pengurusan perlulah dijelaskan keseluruhannya sebaik sahaja tiba di Sana’a.
* Yuran pengajian ini adalah anggaran kasar sahaja. Jika kurang dari anggaran ini, kami akan kembalikan semula wang kepada anda. Yuran pengajian ini adalah untuk pendaftaran di mana-mana institut pengajian bagi mengambil visa belajar.
Pusat pengajian yang lain di Yaman
Maklumat pengajian universiti Yemenia:
1.Tiada Asrama untuk pelajar.
2.Terbuka juga untuk mana-mana pelajar lepasan Diploma dalam bidang Syariah Pengajian Islam untuk menyambung Degree.
4.Tempoh pengajian hanya empat tahun sahaja.
5.Bagi lepasan Diploma hanya dua tahun sahaja.
6.Pendaftaran bagi sesi pengajian 2009/2010 masih dibuka dari 1. Oktober hingga 30. November.2009
Bidang yang ditawarkan adalah :
-Pengajian Islam
-Ulum Al-Quran
Syarat kelayakan Universiti Yemenia :
1. mempunyai sijil tamat sekolah menengah SPM atau mana-mana sekolah menengah.
2. Sijil mestilah diterjemahkan ke bahasa arab di institut terjemahan negara di Wangsa Maju Kuala Lumpur.
3.Sijil yang sudah diterjemah ke bahasa arab mestilah mendapatkan cop kementerian luar di Wisma Putra, Putrajaya Kuala Lumpur.
Yuran dan Pengurusan bagi bidang Pengajian Islam:
1.Yuran tahunan : USD 500
2.Yuran pendaftaran : USD 100 (sekali sahaja)
3.Yuran periksa tahunan : USD 40
4.Visa : USD 70
5.Pengurusan : USD150
Jumlah : USD 860
Yuran dan pengurusan bagi bidang Ilmu Al-Quran (Ulum Al-Quran):
1.Yuran tahunan : USD 600
2.Yuran pendaftaran : USD 100 (sekali sahaja)
3.Yuran periksa tahunan : USD 40
4.Urusan Visa : USD 70
5. Pengurusan : USD 150
Jumlah : USD 960.

