Program Lawatan dan Program Bahasa arab di Yaman

Ahlan wa sahlan wa marhaban kepada semua pengunjung blog Hikmah Yaman Management.

Kami menediakan pakej dan juga perkhidmatan pelancongan dan juga program kursus Bahasa Arab di Yaman.

segala maklumat boleh hubungi pada saya (selaku pengurus program)
Ust Taufiq Amini
no. h/p 019 6029839
emel : hikmah_yaman@yahoo.com
facebook : hikmah yaman

Wednesday, February 2, 2011

Pengenalan Yaman

Di sini hikmah yaman ingin memperkenalkan pada para pengunjung blog hikmah yaman dari program-program yang pernah hikmah yaman lakukan pada para peserta dan para pengunjung ke bumi yaman. kami juga ingin menceritakan pada para pengujung bahawa yaman ni bukanlah negara yang maju dan membangun. Kalau lihat di segi bangunan-bangunan di ibu negara yaman (Sana`a) tidaklah semaju dan secantik ibu negara Malaysia dan negara-negara lain. Tetapi yaman ada banyak tersimpan sejarah para nabi yang masih wujud dan kekal hingga ke hari ni.
Alhamdulillah dari mulanya perkhidmatan kami yang bermula dari tahun 2007 hinggalah ke hari ini kami dapat membantu dan memenuhi tujuan para pengunjung yang datang ke bumi Yaman. dan kami juga berjaya membawa dan mengurus ramai pengunjung dan pelajar kursus bahasa arab dari Malaysia yang datang ke Yaman. Hikmah Yaman juga mengalu-alukan kedatangan anda untuk menziarahi bumi iman dan hikmah agar dapat mengenali yaman dan kesan sejarah-sejarah Islam yang berada di Yaman dan disamping mempelajari bahasa arab.
Ibu Negara Yaman :
“Sana`a” atau disebut di dalam buku-buku sejarah barat yang digelar sebagai “Sam city”. Ianya disebut “Sam” kerana telah dibina oleh anak nabi “Nuh a.s” yang bernama “Sam”. Sana`a terletak di kawasan utara iaitu kawasan gunung dan lembah di yaman.
Tempat-tempat Lawatan di Sana`a :
Antara tempat yang menarik di Sana`a dan seringkali menjadi tempat lawatan para pengunjung di yaman adalah
Bab Al-Yaman
Darul Hajar
Masjid Presiden Yaman
Jame` Kaber (Masjid pertama di yaman yang dibina pada zaman Rasulullah s.a.w)
Qulais (Kanisah Abrahah)
Bait Baws (kota tertua yang dibina di atas batu)
Restoran Nasi Mandi
Kedai-kedai madu
kedai-kedai Abaya
dan tempat-tempat lain.




 Agama dan Budaya :
Walaupun kota Sana`a agak biasa dan mundur tetapi kita dapat melihat keunikan senibina dari kesan sejarah dan budaya Islam yang masih kuat yang dipegang oleh masyarakat Yaman sendiri. Dari situ masyarakat Yaman mampu membina suasasa yang tenang dan aman. Tiada kes-kes jenayah dan kurangnya masalah kerosakan moral di kalangan massyarakat Yaman. Budaya Islam yang masih kuat terdapat di Sana`a samada pergaulan mereka dan juga kesopanan mereka menjaga hak-hak muslim yang lain.

Wanita Yaman
Para wanita di yaman masih lagi berpakaian jilbab dan niqab (purdah) di luar rumah dan amat jarang sekali kita lihat wanita yang berjalan di kawasan bandar Sana`a dengan tidak memakai niqab. Dan percampuran dengan lelaki dan wanita amat terbatas sehinggakan di atas Bas orang lelaki tidak dibenarkan duduk sebelah wanita kecuali hanya isterinya sahaja.