Program Lawatan dan Program Bahasa arab di Yaman

Ahlan wa sahlan wa marhaban kepada semua pengunjung blog Hikmah Yaman Management.

Kami menediakan pakej dan juga perkhidmatan pelancongan dan juga program kursus Bahasa Arab di Yaman.

segala maklumat boleh hubungi pada saya (selaku pengurus program)
Ust Taufiq Amini
no. h/p 019 6029839
emel : hikmah_yaman@yahoo.com
facebook : hikmah yaman

Tuesday, August 12, 2014

PENDAFTARAN PENGAJIAN DI YAMAN 2014


Assalamualaikum werahmatullah..

Kepada Peserta dan juga Pelajar yang ingin menyambung pengajian di Universiti Al-Iman Yaman boleh mula berurusan dengan saya mulai sekarang (12.Ogos.2014)

Pihak Hikmah Yaman mohon jutaan kemaafan kerana lambat Update dan maklumkan pendaftaran terkini kepada para pelajar dan juga puhak ibu bapa yang bertanya.


APAKAH SYARAT UNTUK DAFTAR DI UNIVERSITI AL-IMAN YAMAN :

1. Syarat Utama pelajar yang tidak Merokok.

2. Sijil SPM/STAM atau sijil sekolah agama yang berdaftar di bawah KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

 3.Perlu ada Surat suluk Akhlak yang baik dari pihak sekolah. 
PIHAK HIKMAH YAMAN TIDAK MENERIMA PELAJAR YANG MEROKOK DAN MEMPUNYAI REKOD AKHLAK YANG TIDAK BAIK.

4.  Sijil SPM perlu diterjemahkan ke dalam bahasa arab di pusat terjemahan negara

5. Sijil yang sudah diterjemah ke bahasa arab perlu mendapatkan COP KEMENTERIAN LUAR DI PUTRA JAYA. (Terjemahan dan Cop Hikmah Yaman yang akan uruskan dengan caj bayaran RM150)

6. Untuk terjemahan Sijil dan Cop kementerian Luar dikenakan caj sebanyak RM150

7. Pendafataran dibuka TERHAD HANYA UNTUK 15 Orang sahaja.

BAGAIMANA NAK TERJEMAH SIJIL DAN DAPATKAN COP JIKA KAMI TINGGAL DI KAWASAN JAUH DARI KUALA LUMPUR/PUTRAJAYA ?

1. Jika anda jauh dari Kuala Lumpur dan Putrajaya , Sijil SPM yang Original hanya perlu pos ke alamat :

No. 22, JALAN PUTRA BAHAGIA 8/2B, SEKSYEN 8 PUTRA HEIGHT, 47650 SUBANG JAYA SELANGOR.

2. Bayaran urusan terjemahan dan cop sijil boleh bayar melalui akaun MAYBANK Atau CIMB BANK. 
(No. Akaun boleh hubungi saya dahulu)

3. SIJIL perlu POS ke alamat di atas sebelum 10.9.2014. 

4. Jika lewat dari tarikh tersebut pihak kami tidak akan urus.


BERAPAKAH BAYARAN UNTUK KOS SAMBUNG BELAJAR DI UNIVERSITI AL-IMAN ? 

kos keseluruhan yang perlu anda sediakan adalah RM6380 

Bayaran tersebut adalah untuk :
1. Tiket Kapal terbang satu hala/pergi sahaja.

2. Visa pengajian selama satu tahun sahaja.

3. Penginapan untuk satu bulan pertama.

4. Peralatan asas rumah.

5. makan / minum satu minggu pertama di Yaman.

6. Pendaftaran.

7. Pengurusan Hikmah Yaman Management. 


HUBUNGI 
UST TAUFIQ 019 6029839

TIADA AGENT YANG DILANTIK DI MANA-MANA NEGERI/DAERAH. URUSAN HANYA TERUS DENGAN NO. TALIFON BIMBIT 019 6029839


No comments: