Program Lawatan dan Program Bahasa arab di Yaman

Ahlan wa sahlan wa marhaban kepada semua pengunjung blog Hikmah Yaman Management.

Kami menediakan pakej dan juga perkhidmatan pelancongan dan juga program kursus Bahasa Arab di Yaman.

segala maklumat boleh hubungi pada saya (selaku pengurus program)
Ust Taufiq Amini
no. h/p 019 6029839
emel : hikmah_yaman@yahoo.com
facebook : hikmah yaman

Tuesday, May 1, 2012

Program Bahasa Arab di Yaman 2012


Ada sedikit perubahan pada Tarikh Program.

kami tunda ke Bulan Januari 2013.




Penyertaan dibuka untuk Lelaki sahaja.
dari Umur 13 ke 20 tahun


MAKLUMAT PROGRAM

Pusat pengajian di YEMEN INSTITUTE ARABIC(YIAL)


Harga pakej berkumpulan adalah untuk atas 10 orang termasuk :
- Penginapan
- Makan minum disediakan 3x sehari
- Transport ke institute YIAL

Harga pakej perseorangan/bukan berkumpulan
- Penginapan
- Makan minum masak sendiri hanya barang masakan disediakan.
- Tidak termasuk transport kecuali lebih 4 orang ke atas sahaja.


Jadual pengajian :
- Kelas seminggu 5 hari
- Kredit masa 2 jam dan 3 jam/hari
- Kelas bimbingan/pemantapan al-Quran pada waktu petang.
Penginapan :
- Tempat tinggal yang sesuai dan selesa untuk peserta.
- Dan tidak jauh dari tempat pengajian.




Makanan :
- Makanan akan disediakan kepada para peseta berkumpulan 3 kali sehari.
- Menu makanan adalah masakan malaysia seperti bihun goreng, nasik lemak, nasi lauk, nasi bryani, kuih-kuih dan lain-lain
- Makanan arab yaman juga akan disediakan mengikut jadual yang akan diatur oleh pihak penjaga/tukang masak.




Program tambahan :
- Lawatan setiap hujung bulan akan diadakan.
- Tempat lawatan sekitar sana`a.
Lawatan luar Sana`a(jika ingin tetapi tidak termasuk dalam harga pakej)
- Program tarbawi juga seperti,qiamullail,iftor, latihan tazkirah dan sebagainya akan diadakan.
Kelas pemantapan Al-Quran setiap petang hari pengajian.



Wednesday, November 16, 2011

Pusat pengajian yang lain di Yaman

Universiti Sains dan Teknologi (`Ulum Universiti)
Bidang yang ditawarkan :
1. Pengajian Islam.
2. Ulum Al-Quran.
3. Kanun Syariah.
Maklumat pengajian :
1. Tiada asrama disediakan.
2.Tempoh pengajian empat tahun sahaja.
3.Terletak Sanna`a iaitu ibu negara Yaman.
4. Pendaftaran bagi pengajin sesi 2009/2010 dibuka dari 1. Oktober hingga 30.Nov.2009
5. Bidang yang ditawarkan adalah :
-Pengajian Islam
-Ilmu Al-Quran (`Ulum al-Quran)
-Kanun Syariah
Syarat Kelayakan Universiti Sains dan Teknologi.
1. Mempunyai sijil lepasan sekolah menengah atau SPM.
2.Sijil tamat sekolah menengah/SPM mestilah diterjemahkan ke bahasa arab di pusat terjemahan di Wangsa Maju Kuala Lumpur.
3. Sijil yang sudah diterjemah dalam bahasa arab mestilah mendapatkan cop kementerian luar di Wisma Putra,Putrajaya Kuala Lumpur.
MaklumatYuran dan pengurusan Universiti Sains dan Teknologi.sila hubungi saya 019 6029839

*jumlah ini adalah secara kasar dan tertakluk pada perubahan harga semasa.


Universiti Yemenia


Maklumat pengajian universiti Yemenia:
1.Tiada Asrama untuk pelajar.
2.Terbuka juga untuk mana-mana pelajar lepasan Diploma dalam bidang Syariah Pengajian Islam untuk menyambung Degree.
4.Tempoh pengajian hanya empat tahun sahaja.
5.Bagi lepasan Diploma hanya dua tahun sahaja.
6.Pendaftaran bagi sesi pengajian 2009/2010 masih dibuka dari 1. Oktober hingga 30. November.2009
Bidang yang ditawarkan adalah :
-Pengajian Islam
-Ulum Al-Quran

Syarat kelayakan Universiti Yemenia :
1. mempunyai sijil tamat sekolah menengah SPM atau mana-mana sekolah menengah.
2. Sijil mestilah diterjemahkan ke bahasa arab di institut terjemahan negara di Wangsa Maju Kuala Lumpur.
3.Sijil yang sudah diterjemah ke bahasa arab mestilah mendapatkan cop kementerian luar di Wisma Putra, Putrajaya Kuala Lumpur.

Yuran dan pengurusan Sila hubungi saya 019 6029839


Wednesday, February 2, 2011

Pengenalan Yaman

Di sini hikmah yaman ingin memperkenalkan pada para pengunjung blog hikmah yaman dari program-program yang pernah hikmah yaman lakukan pada para peserta dan para pengunjung ke bumi yaman. kami juga ingin menceritakan pada para pengujung bahawa yaman ni bukanlah negara yang maju dan membangun. Kalau lihat di segi bangunan-bangunan di ibu negara yaman (Sana`a) tidaklah semaju dan secantik ibu negara Malaysia dan negara-negara lain. Tetapi yaman ada banyak tersimpan sejarah para nabi yang masih wujud dan kekal hingga ke hari ni.
Alhamdulillah dari mulanya perkhidmatan kami yang bermula dari tahun 2007 hinggalah ke hari ini kami dapat membantu dan memenuhi tujuan para pengunjung yang datang ke bumi Yaman. dan kami juga berjaya membawa dan mengurus ramai pengunjung dan pelajar kursus bahasa arab dari Malaysia yang datang ke Yaman. Hikmah Yaman juga mengalu-alukan kedatangan anda untuk menziarahi bumi iman dan hikmah agar dapat mengenali yaman dan kesan sejarah-sejarah Islam yang berada di Yaman dan disamping mempelajari bahasa arab.
Ibu Negara Yaman :
“Sana`a” atau disebut di dalam buku-buku sejarah barat yang digelar sebagai “Sam city”. Ianya disebut “Sam” kerana telah dibina oleh anak nabi “Nuh a.s” yang bernama “Sam”. Sana`a terletak di kawasan utara iaitu kawasan gunung dan lembah di yaman.
Tempat-tempat Lawatan di Sana`a :
Antara tempat yang menarik di Sana`a dan seringkali menjadi tempat lawatan para pengunjung di yaman adalah
Bab Al-Yaman
Darul Hajar
Masjid Presiden Yaman
Jame` Kaber (Masjid pertama di yaman yang dibina pada zaman Rasulullah s.a.w)
Qulais (Kanisah Abrahah)
Bait Baws (kota tertua yang dibina di atas batu)
Restoran Nasi Mandi
Kedai-kedai madu
kedai-kedai Abaya
dan tempat-tempat lain.




 Agama dan Budaya :
Walaupun kota Sana`a agak biasa dan mundur tetapi kita dapat melihat keunikan senibina dari kesan sejarah dan budaya Islam yang masih kuat yang dipegang oleh masyarakat Yaman sendiri. Dari situ masyarakat Yaman mampu membina suasasa yang tenang dan aman. Tiada kes-kes jenayah dan kurangnya masalah kerosakan moral di kalangan massyarakat Yaman. Budaya Islam yang masih kuat terdapat di Sana`a samada pergaulan mereka dan juga kesopanan mereka menjaga hak-hak muslim yang lain.

Wanita Yaman
Para wanita di yaman masih lagi berpakaian jilbab dan niqab (purdah) di luar rumah dan amat jarang sekali kita lihat wanita yang berjalan di kawasan bandar Sana`a dengan tidak memakai niqab. Dan percampuran dengan lelaki dan wanita amat terbatas sehinggakan di atas Bas orang lelaki tidak dibenarkan duduk sebelah wanita kecuali hanya isterinya sahaja.

Tuesday, November 30, 2010

Program Lawatan "REHLAH ARDHUL HIKMAH"

InsyaAllah HIKMAH YAMAN MANAGEMENT akan mengadakan program lawatan tempat-tempat sejarah dan tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong di Yaman.

 Program Rehlah ini dinamakan sebagai "Rehlah Al-Badiah" iaitu kembara badwi. InsyaAllah kita akan mengunjungi tempat-tempat sejarah dan merentasi perkampungan badwi Yaman.

Jika ada sesiapa yang berminat ingin menyertai program Rehlah Ardhul Hikmah boleh hubungi pihak kami di emel hikmah_yaman@yahoo.com no. h/phone 019 6029839.

Program "Rehlah Ardhul Hikmah" terbuka pada sesiapa saja yang berminat dan penyertaan program ini mestilah berkumpulan samada berkumpulan bersama keluarga atau bersama kawan sekerja. kerana setiap program Rehlah lebih meriah dan indah dengan bentuk rombongan berkumpulan.

Antara tempat yang akan dilawati dalam program REHLAH ARDHUL HIKMAH :
-SANA`A
-ADEN
-HADRAMAUT
-TAIZ

Antara program yang akan diadakan :
-LAWATAN KOTA LAMA DI SANA`A
-MENJAMU SELERA IKAN BAKAR DI PANTAI HUDAIDAH
-LAWATAN PUSAT PENGAJIAN TRADISIONAL DI HADRAMAUT
-MENGENALI SEJARAH PENYEBARAN ISLAM DARI YAMAN KE TANAH MELAYU
-JAMUAN NASI MANDI
-MENGENALI PERSAMAAN BUDAYA ARAB YAMAN DENGAN BUDAYA MELAYU DI HADRAMAUT
-MELIHAT KOTA LAMA DARI ZAMAN PEMERINTAHAN OTHMANIAH DI TAIZ
-MELAWATI MASJID-MASJID YANG DIBINA OLEH PARA SAHABAT DARI ZAMAN RASULULLLAH S.A.W

Monday, May 7, 2007

Tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan pengunjung


Pemandanngan di sekitar Bab Al-Yaman














Syukrillah (pengunjung) bersama keluarganya mengunjungi kota Bab Al-Yaman




Antara kedai-kedai yang terdapat di dalam Kota Bab Al-Yaman



Kedai tudung di Bab Al-Yaman








Pemandangan Masjid Presiden Yaman







Pemandangan Jame` Kaber yang dibina pada zaman Rasulullah s.a.w pada tahun 6 hijrah



“Nasi Mandi” yang menjadi tumpuan utama untuk menjamu selera para pengunjung yang tiba di Sana`a.
Encik Zikri dan pelajar sedang menjamu selera di restoran nasi mandi yaman.




Para pengunjung juga tidak akan ketinggalan membeli madu asli yaman